Pemerintah tunggal Atilla

Constantinople menghadapi bencana alam dan bencana perbuatan manusia utama dalam tahun-tahun berikut selepas pemergian Huns: rusuhan berdarah antara puak pelumba bagi Hippodrome; wabak pada tahun 445 dan 446 yang kedua berlaku selepas kebuluran; dan gempa bumi yang berturut-turut selama 4 bulan yang meruntuhkan kebanyakan dinding pertahanan dan membunuh beribu-ribu orang, menyebabkan wabak. Yang terakhir berlaku pada tahun 447, sejurus selepas Attila ketika mengukuhkan kuasanya, sekali lagi menunggang ke selatan ke empayar menerusi Moesia. Tentera Rom, bawah pimpinan Gothik magister militum Arnegisclus, berhadapan dengannya di sungai Vid dan dikalahkan—tetapi berjaya mengakibatkan kerugian teruk. Puak Huns bebas tanpa tentangan dan merompak seluruh Balkans sejauh Thermopylae; Constantinople sendiri diselamatkan dengan campur tangan prefect Flavius Constantinus, yang mengatur warganegaranya untuk membaiki dinding yang dirosakkan oleh gempa bumi (dan di sesetengah bahagian, untuk membina dinding pertahanan baru di hadapan dinding lama). Keterangan mengenai pencerobohan ini terselamat:

Negara liar (barbarian) Huns, yang berada di Thrace, menjadi begitu kukuh sehinggakan lebih seratus bandar ditawan dan Constantinople hampir terjerumus dalam kecelakaan dan ramai yang lari darinya. . . . Dan terdapat begitu banyak pembunuhan dan pertumpahan darah sehingga mereka yang terkorban tidak terkira. Begitulah, lantaran mereka menawan gereja dan biara dan membunuh rahib-rahib dan perawan dalam jumlah yang besar.

Attila meminta, sebagai syarat perdamaian, bahawa pihak Rom terus membayar hantaran dalam bentuk emas—dan meninggalkan jalur tanah sepanjang tiga ratus batu di barat Sigindunum (Belgrade) dan sehingga seratus batu selatan Danube. Perbincangan berterusan antara Rom dan Hun selama tiga tahun. Sejarawan Priscus dihantar sebagai wakil ke perkhemahan Attila pada tahun 448, dan serpihan laporannya yang dikekalkan oleh Jordanes memberikan sekilas pandang mengenai Attila antara isteri-isterinya yang ramai, pelawak Scythian, dan badut Moor, impassive and unadorned amid the splendor of the courtiers:

Hidangan mewah, dihidangkan dalam pinggan perak, disediakan untuk kami dan para jemputan gasar, tetapi Attila tidak makan selain daging atas bekas kayu (trencher). Dalam semua hal, dia terbukti sederhana; cawannya daripada kayu, sementara para hadiran diberikan gelas berkaki (goblets) emas dan perak. Pakaiannya, juga, ringkas, hanya memerlukan yang bersih. Pedang yang dibawanya di pinggannya, ikatan pada kasut Scythiannya, tali kelangkang kudanya tidak dihias, seperti Scythians lain, dengan emas permata atau barangan berharga.

"Lantai bilik dihampar dengan hamparan bulu untuk dipijak," tulis Priscus.

Semasa tiga tahun itu, menurut legenda ditulis oleh Jordanes, Attila mendapat "Pedang Marikh (Sword of Mars)":

Sejarawan Priscus mengatakan ia dijumpai dalam keadaan berikut: "Apabila pengembala tertentu melihat salah seekor anak lembu (heifer) dalam kawanannya tempang dan tidak dapat mencari punca luka ini, dia dengan resah mengikut jejak darah dan akhirnya dia berjumpa dengan pedang yang terpijak ketika meragut rumput. Penggembala tersebut menggali dan membawanya terus kepada Attila. Attila amat gembira dengan hadiah ini, dan bercita-cita tinggi, memikirkan dia telah dipilih sebagai pemerintah dunia, dan dengan pedang Marikh kejayaannya dalam segala pertempuran sudah terjamin.— Jordanes, The Origin and Deeds of the Goths ch. V (e-text)

Parah sejarawan yang terkemudian mengenal pasti legenda ini sebagai pola penyembahan pedang yang biasa di kalangan kaum nomad di kawasan steppe Asia Tengah.